“Abang
ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca
suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakan sama-sama bekerja
bang. Saya pun penat macam abang juga. Sekurang- kurangnya buatlah air kopi
sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya
ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti... pot.. pet.. pot..
pet.....” leter Ina kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.
Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami
sendiri, sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebih
lagi, sekiranya Ina menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana
berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupun penat dalam
melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.
Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain
tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi
kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti
adik lelaki sahaja lagaknya. Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan
menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan
zaman.
Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang
mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya
menjadi satu budaya yang negatif. Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang
kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan
maksiat.
Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Jika sekiranya aku berhak
menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku
menyuruh para isteri sujud kepada suaminya." Hadis tersebut menerangkan
betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah
institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumah tangga. Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. mikraj
kelangit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang
kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.
Ali Karramallahu Wajhah berkata: " Aku masuk ke rumah Nabi beserta
Fatimah,aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan ." Aku
bertanya, " Ya Rasulullah, apa yang! membuat anda menangis? " Baginda menjawab, " Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat
kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan.
Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat. "
Baginda antara lain
melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya, sedangkan air panas
dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakiti dan menyumpah-nyumpah
suaminya. Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak
mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa
dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.
Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan
jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan
sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada
suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga
membebankan dirinya. Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah.
Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, " Sesungguhnya Allah tidak memandang
kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. " Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula
tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai
hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya. Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja,namun
percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringandan
lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.
Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai
seorangsuri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu
hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta
jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai
pembantu rumah.
Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana
semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik
baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya. Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.
Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang
sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah
seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya. Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan
kepadanya: " Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada
satupemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa
yang kamu minta siang hari tadi? "
Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak
mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah
dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak
33 kali setiap kali sebelum tidurnya. Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anakdan
menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam
menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup
bahagia melakukannya.
Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah
merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya
walau seberat mana sekalipun ugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan
selagi steri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami,
walau setinggi mana sekalipun darjatnya.
Kepada para suami, kita sama-sama maklum, zaman moden yang serba mencabar
ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara
hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja. Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari
rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab
suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si
isteri seadanya. Bukankah Rasulullahs. a. w. telah berpesan supaya para suami
berbuat baik kepada isteri mereka. Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula
menyusahkan mereka.
Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: " Orang-orang yang terbaik
daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan
saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. "
Bagi kaum wanita dan lelaki yg sudah berumahtangga, marilah kita sama-sama
belajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.
Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... Insya'Allah.
Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... Insya'Allah.
No comments:
Post a Comment