CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, May 28, 2010

PiZzA Hut.. =)

Sgt2 serOnok semalam ble kamOo blnja sy mkan piza!!
thnks ya..sgt sedap n terlalu knyang! hehhe..
smpaikan nk jln pown dh tak larat..hehe
dah lama sbnrnya tak mkn
pizza tuh..hehe..

sedapnya rasa skali sekala dpt mkn!!
nti len kali sy plak blnja kamOo ek..hehe..
sy nk kongsi sparuh2 byr ngn kamOo..
tp kamOo tak nak.. =)
hehehhee..


p/s: piza ni yg kte mkn smlam..hehe..


sonok kan kua smlam?? hehe..
ari ni rehat jap..kamOo kan g K.Kangsar..
umah mak angkat..
smoga p'jalanan kamOo selamat..
smpai n pergi..
Amin... =)

hari nih bg pluang dkat my best frenz..
Nurul Iman..dia nk dating plak ngn pkwe dia!! hehehe..
sgt seronok tgok dia epy ble pkwe dia nk dtg..
mybe he on the way dtg..
sory ek nurul xdpt temnkan kamOo..
'syg' saya xda dekat sini..
njoy ur day!! =) bkn selalu kan..

pape pon..sy sgt2 epy semalam kua ngn kamOo!!
*slalu je epy ngn kamOo..
mne pnh tak epy..*
hehehe...
p/s: cepat2 tau balik dr K.Kangsar.. =)

ok lah..sbnrnya nk tlis yg nih je td..hehe..
bubye!!

Thursday, May 27, 2010

pEriHaL cOmeLku..

mesti ada yg dh bleh agak kan..ak nk citer psal pe nih.. mesti la perihal something yg ak syg kan..
tp yg pasti bkn org lah..hehehe.. =) sbnarnya ak ni seorg yg sngt2 sukakan kucing!! hehehe.. klau spe yg pnh dtg umah ak dia akn tau..n msti terkejut!! hahaha..nak tau sbb pe? sbb dkat umah ak da lbih dr 20 ekor kcing..huhu.. smua family ak sukakn kucing tau! mcm2 nama n ragam2 kucing ada kt umah ak tuh.. *nanti akn ku critakan ek* smpaikan abg kpd bf ak ckp leh buat sate kucing!! hahha..

bkn stakat kat umah..kt hostel ak nih pon ada kcing.. comey2 n gemuk plak tuh!! agak gram sbnrnya,,,hehhe.. smua jd habuan ak..pe lg, kne gmoi lah!! hahaha.. sukanya!! ak ska kcing mybe sbb muka dia comey kot!! hehehe..ngn blu dia lagi..wlpun ak alah blu kcing.. ngee~~

; tina namanya ;
ktorg pnggil dia tina amik dr prktaan 'betina'..hehe
ekor dia pdek sgt..mcm arnab, gram aku!!
dia ni stu2nya kcing yg mkn friskies je kt umah..
tak mkn nasi n ikan!!
sbb tuh bulu dia lmbut je..pnjg plak tuh..
pling mnja ngn ayah ak tau..tnggu je dpn pntu time ayh ak blik dr kerja
yela..nk ayh ak je bg dia friskies..hehe..
tdo pon nk dkat blik ayh..mnja tol!!





; yg ni plak nama dia gemuk ;
hehehe..msti t'tnya2 xgemuk pon.. kan??
nma tu sbnrnya dr dia bby lagi..dlu dia mmg gmuk..
geram je ak rsa.. skrg dia dh krus ckit..
mybe sbb mkin bsar n mkin aktif!! hehehe..
dia la kcing pling aktif n nakai..suka main!
habis smua kcing kne ngn dia...hehe
tp da ngada2nya jgak..pas mkn je msti msuk blik ak..
n than tidow! haha.,. tu la kje dia..
tgok la..nk tdo atas beg ak..
cari yg selesa je! =)


; yg ni itam ;
tgok lah blu dia..cntik n kilat je..
dia ni kcing pling tua antra adik bradik dia yg len..
garang n suka gaduh!!
pntang nmpak kcing jntan len lalu dpan umah..
knonnya pngawal la..haha
smpaikan kcing2 ak yg jntan pon tkut balik umah..
tkut kne serang!
balik pon just mkn n trus hilang..
smua yg jntan mcm tuh..yg dewasa la..
mybe sbb da p'saingan kan..
dia ni crewet gak..suka mkn nasi, tp yg ada bnyk ikan je!
mkn xla bnyak.. klau tdo lma tau pai 5 jam kdg2 tuh!!

; yg ni me'aw ;
dia ni kcing yg mnja n suka sgt cium n sondol muka org!!
tp tuh b'mksud sbnrnya,,.hehe.. nk ikan!!
dia nih nk makn ikn mntah je..nasi memilih..
ktanya nasi xsedap! hehe
pndai n cerdik!
klau kne mrah tnduk je tau..xtgok muka kter..
klau org bkak peti sjuk laju je dia lari..ingt nk bg ikan dekat dia!
hahahah..
klau kter pgang ikan mntah..cepat2 dia lri masuk tndas tau..
sbb tu mmg tmpt ktorg bg dia mkn ikan..
n dia dh tau.. =)

so..tu la antara kcing2 yg ada kt umah ak.. nk citer kan smua bnyak sgt..hahah.. tak termampu plak.. =) sonok sbnrnya bela kcing nih..rasa terhibur plak!! tdo satu ktil ngn diorang..mkn share2..hehe.. smpaikan kcing2 nih pon knal tuan dia n syg sgt ngn kter.. wlaupun p'lukan pngorbanan yg banyak dr segi masa n duet..tu bkn pghalang.. mak ngn ayh slalu ckp..tak rugi sbnrnya diorang jga n bela kcing2 nih..phala banyak.. rzeki pown mkin b'tmbah tau.. *wlpun dlu diorng xsuka kcing*

so ksimpulannya..jgn la kter t'lalu kejam ngn mne2 haiwn skali pon.. diorg pon makhluk Allah.. besar phala sbnrnya klau kter buat baik ngn haiwan nih.. so..renung2kan lah ek!! =)

! haBis sUdah exaM.. !

semalam tepat pukul 5 petang paper ak yg terakhir berjaya ak jawab..
berjaya ke?? hahahha...
yang tuh ak xpsti..ak dh jwb smampu yang boleh.. =)
so tawakal jela kan..hehehe..

mencabar jgak la exam kali nih..
tak mcm sem lepas..smua da spot soklan..
n semua masuk plak tuh..
sem ni...
hampehh!! huuuhhh,,
ak pnya la smangat bca spot..siap hafal g..
upa2nya satu pon xkua!!
da la dlm 3 soklan kot kua..
nasib ak leh buat gak..huhu

pape pown..skrg ak dh habis exam!!
pe lagi yg leh buat..njoy n kua jln2 jela..hehehe..
bosan kot nk dok dlm bilik je..
tak kan nk pkir plak psal pointr yang akn ak dapat nanti?
hahahaha..
buat serabut je kan..

so kesimpulannya...
mengikut setiap subjek..

peng. bilik drjah dan tgkahlaku.. =)
pendidikan disleksia.. =)=)
pentaksiran dlm pend. pmulihan.. =/
kaedh pgjaran bm skolh rndh.. =)
mathematics education curriculum.. (#_@!)

hahahha..agak2 dpt translate kn tak simbol2 tuh??
ngeee~~ =)
ak mls nk pkir lg psal exam yng dh b'akhir tuh..huhu..
sooo..pe tnggu lagi!!
Sayonara...
=)


Monday, May 24, 2010

:: 12 SIFAT SAHABAT SEJATI MENURUT IMAM AL-GHAZALI ::















1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.


2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.


3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.


4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.


5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.


6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.


7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.


8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.


9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).


10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.


11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.


12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Kucing dan Islam!


Islam itu syumul (lengkap), hinggakan panduan untuk berinteraksi dengan haiwan pun ada! Ya, sungguhpun tidak dinyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran, tetapi banyak sangat peristiwa-peristiwa di zaman Rasulullah S.A.W mengenai haiwan, yang menjadi panduan kepada kita. Bukankah baginda itu sebaik-baik role model?

Menyayangi haiwan, adalah sunnah Rasulullah. Islam sangat-sangat mengajar umatnya untuk mengasihani haiwan, terutamanya yang jinak seperti kucing. Namun, janganlah terlalu menyayangi haiwan sehingga mengatasi kasih sayang sesama manusia pula!

Kalau kita tengok, negara-negara maju seperti di kawasan Eropah mahupun di sebelah timur (Korea dan Jepun), keprihatinan terhadap haiwan amat dititikberatkan. Pusat-pusat pemeliharaan (adoption center), persatuan-persatuan membela nasib haiwan dan sebagainya ditubuhkan, dalam usaha memanifestasikan kasih sayang terhadap haiwan.

Barat mendakwa, seorang individu bernama Richard Martin adalah orang pertama di dunia yang membela haiwan, ketika dia menubuhkan Persatuan Anti-Kezaliman Haiwan pada tahun 1824. Tetapi mereka tidak tahu, jauh lebih lama dari itu, hampir 1500 tahun dahulu, Rasulullah telah terlebih dahulu mensyariatkan umat Islam untuk berlaku baik terhadap haiwan! Nak tahu kisahnya?

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, sesungguhnya Rasulullah pernah besabda:


“Seorang pelacur dari Bani Israel diampun dosanya oleh Allah dan dimasuknya ke syurga kerana ia bersimpati dengan seekor anjing yang kehausan air, lalu ia turun ke dalam telaga dan mengangkut air dengan kasutnya untuk diberi minum kepada anjing itu.”

Subhanallah! Alangkah mulianya berbakti kepada haiwan, sehinggakan dosa yang begitu berat pun boleh diampunkan! Banyak aspek kita boleh lihat pada hadis ini. Pertamanya, wanita tersebut adalah pelaku dosa besar, iaitu berzina (pelacuran). Namun, bukan itu yang diambilkira, sebaliknya keikhlasan wanita tersebut. Wanita tersebut bersimpati dengan seekor anjing! Walaupun anjing merupakan binatang najis mughallazah, tetapi ia tidak bermaksud kita perlu memandang jijik terhadap binatang tersebut.

Wanita tersebut tetap sudi membantu anjing tersebut! Itu keikhlasan yang pertama. Yang keduanya, “ia turun ke dalam telaga dan mengangkut air dengan kasutnya”! Ini menunjukkan, betapa nekad wanita tersebut untuk membantu si anjing yang kehausan. Jelaslah keikhlasan dan ikhtiar yang dilakukan wanita ini, yang datang dari hati yang suci, itulah yang menjadi sebab kepada pengampunan dosa beliau.

Dalam sebuah hadis yang lain pula, diriwayatkan oleh Ibnu Umar, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:


“Seorang wanita masuk Neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi.”

Satu lagi kisah mengenai haiwan, iaitu kucing. Seorang wanita yang menzalimi kucing. Dia mengikat kucing tersebut, malah tidak memberi makan, dan tak bagi pula kucing tersebut cari makanan. Ini menunjukkan betapa keji dan kerasnya hati wanita ini. Dan neraka jualah tempat akhirnya.

Sampingan: Kalau kita tengok kedua-dua hadis ini, kedua-duanya menunjukkan subjek yang sama, iaitu perempuan. Ini menunjukkan yang wanita mempunyai emosi terhadap haiwan, sama ada menyayangi, mahupun membenci. Kerana sayang dan benci itu berasal dari emosi. Kalau lelaki, mungkin hati kering sedikit. Tapi dengan wanita, emosi boleh menjadi kunci untuk ke syurga, mahupun ke neraka! Justeru, jadilah wanita yang pandai mengawal emosi!

Maka kita boleh lihat sendiri, betapa besarnya kelebihan menyayangi haiwan! Rasulullah tidak menyuruh kita bela haiwan tersebut smpai gemuk beranak pinak dan sebagainya, tetapi cukuplah sekadar mengasihani dan tidak menzalimi mereka.

Saturday, May 22, 2010

Ciri2 wanita idaman lelaki..

(",) sElamat pagiii!! bangun2 terus b'blog ye.. entri ku yg sbelum ni pnh ak gtau kan dekat korang ttg 8G yang ada pd laki tapi pompuan xsuka?? so mcm ne..bleh caya x? =)
pagi ni ttiba rasa nk bgtau info lagi..tp bkn pasal kaum Adam nih..tapi Hawa plak.. wanita or perempuan!! da masa baca la..smbil tu dpat ilmu sdikit.. =)

(",)dlm masa yg sama dpt baiki diri sndiri kpd yg lbih baik!! dalam perhubungan setiap org msti inginkan yg terbaek kan? dari kekasih hati or dari isteri/suami bagi yg telah berkahwin.. jadi korang perlu la amik berat dlm hal2 yg mcm nih.. penting!! so..teruskan m'baca ek.. =p

=)Seorang Pendengar Setia dan Mengikut Kata
Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan mengikut kata. Malah suami Ina Naim, Suhaimi pernah berkata, antara ciri utama menyebabkan dia memilih Ina adalah kerana Ina menurut kata suaminya. Bukanlah ini bermaksud King Control, tetapi patuh dan taat kepada suami di mana yang patut! Dari segi agama dan perbelanjaan.

=)Suka dimanja
Lelaki amat suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik. “Cayang buchuk“, “Sayang I love you“, “You memang macho!”, “You sayang I tak Yang?”, “You memang handsome“, “U tak macam lelaki lain!” memang dapat menaikkan ego lelaki dan dapat meredakan kemarahan mereka. Kalau tak percaya cuba lakukan ke atas pasangan anda!


=)Jangan bersolek tebal
Lelaki tidak suka jika wanita memakai alat solek terlalu tebal seperti penyanyi dangdut!
Sentiasa menghormatinya
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya. Jangan malukannya dengan perangai anda atau cara berpakaian yang tidak kena tempat.


=)Jangan terlalu kebudak-budakan
Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan dan terlalu gedik

=)Agresif
Lelaki suka sikap wanita yang agresif dan aktif

=)Bukan materialistik
make -up sampai beribu-ribu. Lelaki yang sanggup mengeluarkan belanja sebanyak ini hendakkan “benda” yang satu itu sahaja. Berwaspadalah!

=)Jangan ganas
Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.

mcm mna kaum Hawa..dh baca? So klau ada sgelintir sikap tuh dlm diri kita..mybe kte bleh ubah kan? sdikit demi sedikit..wlaupun prubahan scara mndadak.. info ni bkn utk tatapan umum je..ak pon trut amik pluang nih untuk cba berubah n jadi yg terbaek!!
chaiiyookkk!! =)

8G yAng aDa paDa LeLaki taPi tiDak diSukai waNita


1. Garang

( garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh… macam ler dia betul semua, dsb) Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.


2. Ganas

(kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab tahu perempuan bukan lawannya) Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.


3. Gementar

(takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain, dsb) Contohnya, depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafaz kan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.


4. Gabrah

(tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja) Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara.

5. Gentleman tiada

(langsung tak gentle, p entingkan diri sendiri, ambik kesempatan, dsb) Kalau masa bercinta tak gentleman, inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.


6. Gerumal

(bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.) Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita. Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah? Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.


7. Ganggo

(keterlaluan- lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat, dll)Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal. Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.


8. Gatal

(miang keladi ngan perempuan lain selain dengan isteri)Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 melayan anda kerana ada udang sebalik batu. Mungkin dia materialistik dan cintakan duit anda sahaja. Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik menggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda.

p/s: boleh dijadikan rujukan utk kaum Adam nih.. =) klau ada sikap2 mcm nih, kne buang la jauh2.. baru gurlz suka!! ngee~~

~ seLamAt maLam seMua!! =) ~

>> jam lappy ku skrg mnunjukkan pkul 12:20 pagi.. dah masuk hari Ahad pon..sok dah exam!! tp aku masih smpat berblog lg kan..ngee~~ persoalannya..stdy dh habis ke? :P malam ni ak rasa sunyi je maktab aku nih..mybe sbb exam kot.. ntah la.. xdengar suara org plak..wlaupun aku dok aras pling bwah.. just kdengaran bnyi keta n motor lalu lalang.. mybe smua tgh kusyuk kan study.. bagus2 nya budak mktab nih!! =)

>> awal lagi ke aku ucap slamat malam nih?? hehhee.. slalu mmg aku tdo awl pon..mcm xsedar diri je nak exam.. :P *b'henti jap..laling call!!* =) dia call kejap..sje nk dgr sore ak katanya..huhuu.. dh topup plak kan..ngeeee~~
smbung blik pnulisan ak nih!! ceh2..hehe.. semangat!! Ak rasa awal lagi nih sbnrnya nk wish gud nite.. kan?? mlm kn masih muda.. (bak kta org muda skrg) hehee..

>> sbnarnya post ak nih berkaitan ngn tidow!! tapi bkn org tido wktu mlm je kan.. petang pon ada.. senang kata waktu siang lah!! tp slalu klau nk tdow msti lah kt tempat yg slesa kan.. betul x?? nak katil yg ada tilam empuk la.. org tua2 cakap, tdo atas lntai je nanti mkn tulang.. betul ke?? tp skrg dh mcm2 tempat org leh jadikan untuk tdo.. janji leh hlangkan ngntuk..

>> tapi sbnarnya ada yang bleh tidow di khalayak ramai..atas jalan pon ada tau!! nape..xpcaya ke?? nti tgok lah gmbar2 yg nak di tunjukkan.. =) jgn t'kejut dh la ek..
tapi tu bkn kat negara kte ni lah..xpasti ngara mna, tp ianya mmg berlaku..
p/s: rakyt negara nih msih waras lg kan..hehehe..

>> jom la tinjau2 gambar dekat bwah nih!! =) slamat menonton..hehehe.. :P


dalam tren..kelakar kan? habis la org sbelah akn jadi mngsa!!

yang ni lagi lah..ngn keadaan dduk mcm tuh.. slesa ke? klau aku tergeliat hbis tengkok nih!! huhuhu..
p/s: tapi dia mcm lena sgt2 kan? hahaha.. pai t'nganga mulut.. :P



ni plak yang paling dhsyat pernah ak jumpa!! huhuu.. tak pasti samada betul ke tak gmbr nih..t'pulang la nk pcaya or tak.. =)


agak2 smbil tunggu awek pon leh tdo kan..nk mngisi masa terluang!!




yang ni pown agak kelakar..hehe.. tgok la aksi dia tidow tuh.. kaki pon dh jadi bentuk huruf 'v'..hahhaa..

yang ni aku xdpt nk kesan plak nape..haha.. bleh plak nk tdo kt bawah tangga mcm tuh.. pengsan xpe jgak.. tp tgok gaya tdo mcm nyenyak je!! hahaha..


>> kelakar jgak tgok gelagat org tidow nih..heheh.. buatkan aku rasa mcm nk tdow pon ada!! jam dh tnjuk pkul 1:00 pagi.. waaa~~npe xngntuk g nih!!
ak pon nk tdo gak..huhu.. perlu ke buat aksi2 mcm kt atas tuh baru dpt tdow?? Ohhh..tidakkk!! ak xnakk....huhu..
p/s: tak pon kena bca nota ilmiah baru leh tdo?? =) sory la ek muka2 kat ats nih..huhu.. bg korang popular ckit.. ngeee~~


# gAmBar HDR yaNg mEnariK #

:: gmbar ni dijumpai di google image..klau masa lapang, ni la krja ak.. tgok gmbar je.. yg ak rasakan menarik akn aku save jadikan gmbr peribadi or masukkan dlm blog.. gmbar pemandangan kali ni cantik sgt n aku rasakan da keistimewaanya tersendiri.. yang ak tahu gmbr ni di edit menggunakan Adobe Photoshop.. Zaman sekarang macam2 bnda canggih kan.. ni bkn ak yang edit k.. aku xmahir lg ngn bnda2 mcm ni.. mybe next time ak blajar.. ngee~~ =)

:: tgok la sndiri kuasa Adobe Photoshop.. gmbar ni jadi cntik sgt!!

Eiffel Tower









:: cantik kan gmbar2 tuh?? dengan kehijauan air terjun..panorama menara eiffel di Paris.. wah..cantik sgt!! teruja sebenarnya tgok gmbar2 nih..

:: teringin nak g tempat2 tuh.. =) mybe 1 ari nanti da someone yg nak bawak.. wahhh..mesti terharu n nanges!! :P
p/s: sesuai la ngn ak yg suka berjalan nih!! =)

LunCh tiMe!! =)

=) kat dunia ni..bukan manusia je yg makan tengahari.. haiwan pon makan jugak tau!! dapat teka tak pe yg ak nk smpaikan ni?? ngeee~~ cepat2 pikir kan.. :P
sperti yang kte smua tau..mknan tu sgt pnting kan? kte kena mkn tengahari tok dapatkan tenaga.. tenaga tuh kte perlu kan untuk buat kerja.. mcm haiwan jgak..tnaga perlu untuk mereka teruskan hdup!!

=) baru2 ni terjumpa beberapa keping gmbar gelagat haiwan masa mkn tengahari!!
comey sgt..kiut miut!! hehehe.. ak nk kongsikan b'sama.. njoy ok.. ;)


yang ni hamster..comey kan!! epy je muka dia dpt mkn.. =) siap knyit mata g..kih3..

yang ni plak kura2..wah epy nya hdup dia..mkn strawberi!! ak pon jrang nk makan buah ni.. kcuali g cameron..huhu.. jelez!!



gmbar ni di ambil pada jarak dekat..
nmpak tak burung tu gget kacang dlm mlut dia? hehhe
sgt2 comey.. =) knyg ke dia mkn tu je ek?? :P



ada lagi nih..jap ek.. ngee~~ =)


tgok monyet ni plak..dikelilingi ngn buah!! smpai dia pon xtau nk makan yg mne..heheh.. nk cikit!! =)


tgok sekawan haiwan ni..b'kongsi mkanan sama2 dgn kwannya yg len.. terharunya. =(
klau kte kdekut sgt kan? mkn pon nyorok2.. tp tgok la haiwan ni..ermm.. renung2kan lah.. :)

=) dh tgok dah? mcm2 ragam kan.. sbnrnya ada lagi yg nak dimasukkan...tp xsempat plak..

=) nti ada masa lagi..mne tau smpat plak nak masukkan gmbar ragam manusia yang tgh mkan..hehhee.. msti ada yg nk tgok.. nantikan jela ek.. :P

Wednesday, May 19, 2010

~~mUsiM pEpeRikSaaN dAtaNg LaGi~~

waaaa~~ baru je 1 paper dah lepas, ak nak jadi separuh giler dah..huhu.. ingatkan spot yang dapat tuh akn masOk..tp harapan hancur!! sedih tol..huhu.. so lepas ni perlu ke percaya kepada spot soklan?? nggeee~~

ak rasa msih perlu!! walaupun dikau telah menghancurkan harapan ku..huhhh.. (emotional la konon.. :P) hehehe.. walaupun tak semua yang masuk..tp ada la jugak ckit2..
pening gak kpala ak nih..lg nk exam, lg banyak spot datang.. mcm mencurahkan susu ke dalam mangkuk yang ada honey star..heheh.. lagi byk susu lagi sedap kan!! =)

pape pon aku tawakal jela..ngeee~~ dh lepas dah pon.. tp still ada lagi 4 paper yg belum lepas.. minggu depan plak tuh..berturut2!! wish me gud luck ye.. macam2 ragam sebenarnya time exam yang ak nampak dlm dewan..smpat tgok org lagi..huhuuh..
dulu bleh la time exam PMR or SPM..men bulat je.. yela objektif bnyk..



sekarang ble esei n struktur je kua..mcm ni la jadinya..


puas hati..hahaha... telur ayam je dapat!!


first bila dh spot tp xmasuk, smpai je soaln kt tgn..semua buat muka kaget!! hahaha..terkejut la katakan.. mula la tngok kiri kanan.. (mcm aku je..)



pastu bila dh mula menjawab..semua semangat jawab wlaupun ada yg xtau..hehhe.. yang dah tension mula la tidow.. utk isi masa lapang..huahuahua.. =)


huduhnya gmbar org ni tidow..nggee~~ =P

yang aku pelik..masa wktu tinggal lagi 5 minit pon ada yg mintak kertas lg nk tulis..huhu.. waahhh sgt2 semangt mereka menulis..ngee~~ ak pon xtau pe yang diorang tulis,,bnyak je nmpak.. (jelezz!!) ;p hahahha...

macam2 ragam lagi sebenrnya..tp mcm malas je nk cter dekat sini..hahaha
semua pernah kan lalui situasi ni..so..pengalaman kte sama je semua.. =)
dah3..g study fatin!! asyik dengan blog je.. *hati ku b'kata2* :0
nti jadi mcam kt bawah ni baru tau..huhuhu..



ok lahhh..xnak jadi mcm nih!!
see u again blog!! muahhxx.. :P
fatinn..chaiyoookkk!!

@ pErmuLaaN bAru @

ni 1st time ak nak berjinak2 dengan blog..ermm.. agak susah jgak nak jinakkan dia ek..ngeee~~ =) tp betul lah pe yang ak ckp td kan..susah tol nk cantikkan kan dia..bg nmpak mcm hidup la katakan blog nih..

pape pon i will try!! ceh3..english plak..hehhe.. rasa mcm seronok sbnrnya tgok kawan2 ada blog..ramai plak tuh!! so..xbleh jadi, ak pon kne ada satu!! hehhe.. mcm kucing plak nk bela bnyak2.. (@_@)

dengan terujanya macam muka2 kat bawah tuh..ak pon mula la buat blog nih.. yang rajinnya aku, time exam ni la dtg idea nk buat..sebelum ni free je wktu xnak buat..hahha.. tension sgt kot..


muka teruja ke nih?? lalallaa...

tak pon mcm gmbar yang kat bawah ni?? teruja..hehehe..


or yang ini??? ngeee~~


pape pon aku teruja la nk buat blog nih!!! xtau nak gmbarkan mcm mana..huhuuh..
dah la setakat ni..penat plak jari ni nk taip.. (ceh3..mcm bnyk je) hehehe..
nti da masa smbung lagi lah.. :)
Baby Hello Kitty