CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, July 31, 2012

Aku Memohon..

Pejam celik..pejam celik..kejapnya rasa waktu berlalu..
dah 5 tahun rupanya aku study dekat IPG ni..
cepat kan masa berlalu??
rasa mcam baru semalam terngiang2 zaman pra, buat pbs n praktikum..

tak sangka semua tuh dah berakhir..
tinggal cikit je lagi masa untuk aku berjuang habiskan sisa2 dalam IPG ni..
sem akhir ni la aku perlu bekerja keras untuk menyiapkan segala tugasan..
salah satunya kajian tindakan...
Ya Allah...rasa tak termampu..
berat sangat rasa..

aku harap dapat menghadapi semua ni 
dan diberi kekuatan untuk myiapkan tugasan ni dengan sebaik mungkin..

Sahabat...doakan ye.. :)
Doa kalian dapat memberi semangat yang kuat untuk aku terus berjuang..
InsyaAllah...


di sini aku ingin berkongsi salah satu doa yang boleh kita amalkan selalu..

Doa ini amat digalakkan kepada kita untuk membacanya kerana setiap hari kita mempunyai pelbagai urusan yang perlu diselesaikan dalam hidup. Tidak dapat tidak, kita mesti berusaha untuk memenuhi segala urusan yang telah kita rancangkan itu. Untuk memperoleh berkat disebalik semua urusan yang akan dan telah dilakukan sebaik-baiknya kita mengamalkan doa diatas sebagai panduan sepanjang hayat kita.


Doa Dipermudahkan Segala Urusan..

Dari Anas r.a, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w pernah berdoa:
Maksudnya: “Ya Allah tidak ada kemudahan selain apa yang Engkau jadikan mudah dan Engkau dapat menjadikan perkara sulit menjadi mudah jika Engkau kehendaki” (H.R Ibn Hibban dan sanadnya dihukum sahih bertepatan dengan syarat Muslim dalam kitab al-Silsilah al-Sahihah, No. 2886).



Monday, July 30, 2012

Eppy Bufday!! For SumOne..

Eppy bufday to You..
Eppy bufday to You..
Eppy bufday to You paKCik...
*nyanyi tau..mcam rentak lagu bufday yg slalu tuh..nGEe..*


Happy Birthday Roses with Teddy Bear Graphic


tanggal jam 12.00 malam ni genap la si pakcik ni berumur 24 thun! 
dah tua okayy! jgn bnyak maen dah..hehee..
bufday kali nih orang tuh dah ada duet gajiii... :))
pe lagi..hdiah beli sndiri k!! 
hahahhaaa...
..jUSt kiDdinG..
:)


doa untuk speCial pAkciK ni..


semoga dengan genapnya pakcik ni berumur 24 tahun...

** beliau akan dipermudahkan segala urusan tidak kira la dari segi pe pOn..
** hope beliau sntiasa berjaya di dalam apa jua pkerjaan yang dibuat..


*sntiasa doakan impian beliau untuk berjaya tuh tercapai..*


** semOga dipanjangkan umur..
** sentiasa ingat Allah dan tidak lupa jasa mak dan abah yang membesarkan beliau..
** semoga beliau diberi kekuatan dalam menjalankan tugas sebagai seorang
" GURU "
** dan yang terakhir...ingat la orang TERSAYANG!! heheee.. 


by the way...ni la pakCik yg disebut2 tuh..kuiii3..
layak ke dipanggil pakCik?? hahahaa...




jgn marah yeEe..tUan punya gambar!!
gmbar ni dicUri dalam fAcebOok anda okayy..hahhaaa... 


Ok laa..tu je!! byeE2.. 
... Salam Ramadhan.. :)) ...


Sunday, July 29, 2012

Sahabat Sejati

Salam Ramadhan...

Haiii uOlss..hari ni terasa nak update plak blog nih..
mybe sbab dah lama tak update kan..
ari nih terasa nak bercerita pasal sahabat, kawan, rakan n seangkatan dengannya..
semua orang ada kawan kan? Sahabat?
sahabat ni kawan yang sngat rapat dengan kita..
it's mean like semua rahsia kita..kita nak share dengan sahabat kita..
tak kira la sedih or gembira.. kannn??

bak kata pepatah dekat bawah ni...

Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan
Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir
Tetapi tanpa percintaan, sahabat boleh kekal

Orang yang rugi ialah orang yang tidak memperoleh sahabat…
dan yang paling rugi ialah yang ditinggalkan oleh sahabat

dekat sini boleh disimpulkan bahawa sahabat sngat penting dlam hidup kita..
jangan kita kata hidup tak perlukan sahabat atau kawan..
kita umpama orang asing tanpa kawan atau sahabat..

hargailah sahabat atau rakan anda.. :)


p/s:
saya jugak ada kawan rapat..banyak jasa diorang sebenarnya.. 
sepanjang blajar kat ipoh ni nak ke mana diorng la yang akan tumpangkan..
biasa la takda transpot ni..*idup susah..hukkk*
spanjang tumpang diorang, byaran tak pernah dikenakan..
diorang tak pernah berkira...dari segi duit minyak, makanan, duduk rumah diorang berhari-hari.. thnks ye sahabat... :)

tak ternilai semua tuh..hanya Allah yang dapat balas budi baik korang.. 
antaranya..
my LovEly fRenz: kak noralailasalmaimasitimasyiizzahecah

tak lupa jugak hOusemate yang banyak membantu...
lOve U : auniamal dan kak syak

sebenarnya saya sangat bertuah dan beruntung dikurniakan sahabat serta kawan yang sangat baik dan saling tolong-menolong..

terima kasih Allah.. :)


Friday, July 27, 2012

Lukisan Lidi

kadang-kadang duduk dalam bilik sorang2 nih mesti bosan kan.. tercari-cari benda yang boleh dibaca. time2 mcm ni la baru nak terasa isi masa dengan perkara yang menghiburkan..hehe.. boOosaaaNnnn okayyy!! selalunya saya akn bukak blog orang untuk lihat entry terbaru..klau boleh jadi follower.. :)

semalam terjumpa kelibat blog ni....tak tau la tuan empunya blog ni sape..
semua bnda yang dipost ada lukisan tangan...
cute sngaattt~ 
tak caya tengok la kt bawah ni...

:)




ni la blog comel tuh...
singgah la ye...sambil2 isi masa terluang tuh...
blog tuh simple...but nice... 
semua entry dia akan buat anda tersenyum!!

if faham la kan gmbar2 yang dia masukkan tuh...kdng2 ni bLUuRrr jugakk..kuii33.. 
ok laaaa...selamat2 mengexplore! :D


Sunday, July 15, 2012

Ramadhan datang lagi...


Alhamdulillah....Ramadhan datang lagi..
semoga kali ni lebih Istiqamah... :)


Syukur tak terhingga kepada ALLAH SWT kerana diberi kesempatan bertemu dengan bulan yang ditunggu dan dirindui






Antara amalan-amalan di bulan Ramadhan yang boleh kita amalkan adalah :
  • Lebihkan amalan solat sunat seperti solat sunat Isyrak, Dhuha, Rawatib, Taubat, Terawih, Tahajjud   dan Witir.
  • Tidak meringankan amalan bersahur lewat waktu dan berbuka awal waktu.
  • Membiasakan solat Fardu 5 waktu berjemaah di Masjid, Surau atau di rumah.
  • Memperbanyakan bacaan dan bertadarus Al Quran dan azam untukkhatam Al Quran.
  • Memperbanyakan iktikaf di Masjid atau surau.
  • Basahkan lidah dengan dzikir setiap masa yang terluang siang atau malam.
  • Menambah ilmu dengan membaca buku dan menghadiri masjlis ilmu dimana sahaja diadakan.
  • Bangun awal seawal 4.30 pagi untuk bersahur dan beramal menjelang subuh.
  • Mengurangkan hiburan dan aktiviti yang sia-sia yang boleh mengurangkan pahala puasa.
  • Banyakan sedekah.
  • Banyakan memberi makan kepada orang yang berbuka puasa walaupun hanya dengan sebiji kurma.
  • Melipat gandakan amalan beribadah pada 10 malam terakhir Ramadhan.
  • Berjimat berbuka puasa dan persediaan lebaran.

Semoga Ramadhan bulan Rahmat, Pengampunan dan Pembebasan dari api neraka tahun ini akan menjadi madrasah realiti yang terbaik untuk kita muhasabah diri menjadi hambah ALLAH SWT yang lebih baik. InsyaAllah....

Baby Hello Kitty