CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »


Tuesday, July 31, 2012

Aku Memohon..

Pejam celik..pejam celik..kejapnya rasa waktu berlalu..
dah 5 tahun rupanya aku study dekat IPG ni..
cepat kan masa berlalu??
rasa mcam baru semalam terngiang2 zaman pra, buat pbs n praktikum..

tak sangka semua tuh dah berakhir..
tinggal cikit je lagi masa untuk aku berjuang habiskan sisa2 dalam IPG ni..
sem akhir ni la aku perlu bekerja keras untuk menyiapkan segala tugasan..
salah satunya kajian tindakan...
Ya Allah...rasa tak termampu..
berat sangat rasa..

aku harap dapat menghadapi semua ni 
dan diberi kekuatan untuk myiapkan tugasan ni dengan sebaik mungkin..

Sahabat...doakan ye.. :)
Doa kalian dapat memberi semangat yang kuat untuk aku terus berjuang..
InsyaAllah...


di sini aku ingin berkongsi salah satu doa yang boleh kita amalkan selalu..

Doa ini amat digalakkan kepada kita untuk membacanya kerana setiap hari kita mempunyai pelbagai urusan yang perlu diselesaikan dalam hidup. Tidak dapat tidak, kita mesti berusaha untuk memenuhi segala urusan yang telah kita rancangkan itu. Untuk memperoleh berkat disebalik semua urusan yang akan dan telah dilakukan sebaik-baiknya kita mengamalkan doa diatas sebagai panduan sepanjang hayat kita.


Doa Dipermudahkan Segala Urusan..

Dari Anas r.a, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w pernah berdoa:
Maksudnya: “Ya Allah tidak ada kemudahan selain apa yang Engkau jadikan mudah dan Engkau dapat menjadikan perkara sulit menjadi mudah jika Engkau kehendaki” (H.R Ibn Hibban dan sanadnya dihukum sahih bertepatan dengan syarat Muslim dalam kitab al-Silsilah al-Sahihah, No. 2886).



No comments:

Post a Comment

Baby Hello Kitty