Alhamdulillah....Ramadhan datang lagi..
semoga kali ni lebih Istiqamah... :)
Syukur tak terhingga kepada ALLAH SWT kerana diberi kesempatan bertemu dengan bulan yang ditunggu dan dirindui.
semoga kali ni lebih Istiqamah... :)
Syukur tak terhingga kepada ALLAH SWT kerana diberi kesempatan bertemu dengan bulan yang ditunggu dan dirindui.
Antara amalan-amalan di bulan Ramadhan yang boleh kita amalkan adalah :
- Lebihkan amalan solat sunat seperti solat sunat Isyrak, Dhuha, Rawatib, Taubat, Terawih, Tahajjud dan Witir.
- Tidak meringankan amalan bersahur lewat waktu dan berbuka awal waktu.
- Membiasakan solat Fardu 5 waktu berjemaah di Masjid, Surau atau di rumah.
- Memperbanyakan bacaan dan bertadarus Al Quran dan azam untukkhatam Al Quran.
- Memperbanyakan iktikaf di Masjid atau surau.
- Basahkan lidah dengan dzikir setiap masa yang terluang siang atau malam.
- Menambah ilmu dengan membaca buku dan menghadiri masjlis ilmu dimana sahaja diadakan.
- Bangun awal seawal 4.30 pagi untuk bersahur dan beramal menjelang subuh.
- Mengurangkan hiburan dan aktiviti yang sia-sia yang boleh mengurangkan pahala puasa.
- Banyakan sedekah.
- Banyakan memberi makan kepada orang yang berbuka puasa walaupun hanya dengan sebiji kurma.
- Melipat gandakan amalan beribadah pada 10 malam terakhir Ramadhan.
- Berjimat berbuka puasa dan persediaan lebaran.
Semoga Ramadhan bulan Rahmat, Pengampunan dan Pembebasan dari api neraka tahun ini akan menjadi madrasah realiti yang terbaik untuk kita muhasabah diri menjadi hambah ALLAH SWT yang lebih baik. InsyaAllah....
hye....slmt berpuasa.... will follow u back..^^
ReplyDeleteslamat berpuasa jugak.. :) tnkiuu..
ReplyDelete