CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »


Sunday, November 28, 2010

JOM MASAK LASAGNA.. =)

Klau sblum nih da yg ikut blog sy, sy ada crita psal lasagna kan? Sbb sy sgt2 suka mkn lsagna.. Baru2 ni terjumpa resepi cara nk buat lsagna, mcm yg dekat pizza hut tuh..hehehe.. =)

Teringin sngat2 nk mencuba sbb rmai yg komen cakap sedap ble da yg mncuba rsepi tersebut..sOo pe tnggu lg kan? Kte mesti try klau nk tahu hasilnya mcm ne.. =)


Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 300g daging cincang (lagi senang kalau guna brand Ramly)
  • 1 botol prego (yang kecil)
  • 2-3 batang celery
  • cendawan butang (sebanyak yang suka)
  • 2 biji tomato (potong dadu)
  • 1 biji lobak merah (dihiris halus)
  • 1-2 sudu besar cili boh (kalau suka pedas)
  • 2-3 ulas bawang merah (cincang halus)
  • 2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • Sedikit lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Sekotak Instant Lasagna (tambah lagi sekiranya pakai dulang caserole besar)
  • 3 cawan air (boleh tambah sekiranya tak cukup)
  • 2 sudu besar mentega
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 1 peket Cheddar cheese (115g)
  • 1-2 cawan susu
  • Sedikit garam untuk perasa
  • (Boleh tambahkan sayur-sayuran lain seperti pepsicum, broccoli dll kalau nak)

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180 C
  2. Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang.
  4. Masukkan sedikit air, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam.
  5. Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu.
  6. Masukkan sayur-sayuran tadi, tunggu sehingga mendidih, padamkan api.
  7. Sediakan sauce pan, panaskan.
  8. Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
  9. Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah di panaskan semula.
  10. Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Kemudian padamkan api.
  11. Sediakan dulang caserole, sapukan minyak, dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bhg bawah dulang.
  12. Tuangkan sedikit kuah daging tadi (tujuan kuah berair supaya kulit lasagna tadi tak perlu dimasak terlebih dahulu) dan tuang sedikit cheese sauce tadi.
  13. Selang-selikan, dan bahagian atas sekali ialah kulit lasagna, tuang cheese sauce selebihnya ke atas kulit lasagna (pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi)
  14. Bakar dalam oven 180 C selama 40 minit, atau sehingga masak (apabila dicucuk, kulit lasagna telah lembut)

Kalau tgok resepi ni sbnrnya nmpak senang kan nk buat? Sbnrnya mmg mudah pown..Cuma rjin dgn xrajin je nk buat kan? Hehehe.. =) kt bwah ni da lg satu resepi lasagna..

8-10 keping lasagne
50 gm keju Parmesan*, diparut (boleh juga digantikan dgn keju cheddar atau mozarella)

Bahan Sos Daging
3 camb minyak
1 labu bawang besar, dicincang halus
4 ulas bawang putih, dicincang halus
400 g daging, dikisar
410 g tomato, dikisar
450 ml air
1 kiub stok daging
2 camb tomato puri
1 camt oregano kering
gula, garam, serbuk lada hitam secukupnya

Bahan Sos Putih
60 gm mentega
60 gm tepung gandum
600 ml susu segar/UHT
garam, serbuk lada sulah secukupnya

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan daging kisar, tomato kisar, air, pati rebusan daging dan puri tomato.
3. Masak atas api sederhana hingga daging empuk dan kuahnya pekat.
4. Bubuh serbuk lada hitam, gula (lebihkan sedikit untuk mengimbangi rasa masam tomato puri) dan garam kemudian angkat.
5. Untuk sos, cairkan mentega. Masukkan tepung dan kacau 1-2 min hingga permukaannya berbuih halus.
6. Tuangkan susu dan kacau lagi atas api perlahan hingga sos pekat.
7. Sebaik-baiknya, kacau dengan 'balloon whisk' supaya sos tidak berketul.
8. Masukkan garam dan serbuk lada sulah kemudian angkat.
9. Ratakan sedikit sos daging, satu lapisan lasagne.
10. Kemudian sos daging, sos putih dan satu lapisan lasagne. Ulang hingga lapisan atas iaitu
sos daging, sos putih dan keju.
11. Bakar pada 190 C selama 40-45 minit atau hingga masak.

Lasagne tak perlu dimasak terlebih dulu, gunakan terus daripada kotak (no need to pre-cook). Penggunaan lasagna juga bergantung kepada saiz mangkuk untuk membakarnya.

SO, SELAMAT MENCUBA RESEPI LASAGNA NIH... =)




2 comments:

  1. aten...............watle lasagna utk kite....:)
    nisa ni...:)

    ReplyDelete
  2. hahahaha..tu lah. nk kena try dulu nih. nisa x aktif dh ke blog?

    ReplyDelete

Baby Hello Kitty