CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »


Tuesday, October 8, 2013

Sekolah Kebangsaan Sungai Kayu


Haiii guys...

entry kali ni aku nak cerita tentang sekolah kesayangan aku ni..
Ececeee..baru masuk 3 bulan lebih kat sini terus dh sayang2 kan..
Alhamdulillah..aku dtempatkan di sekolah yang betul2 hampir dengan airport sandakan..
bleh nmpak dekat tingkap ni kapal terbang landing n berlepas..
kalau takda pagar ni, habis la budak2 smpai ke airport..
HAHAHa..
punya la nk bgtau dekat je sekolah aku dengan airport ni..hehee..

Cikgu2 skolah ni semuanya la baik2 belaka..
kebanyakannya berasal dr sandakan jgak..
cikgu smenanjung hanya ada dalam 5 orang kalau tak silap aku..
wlaupun berlainan bangsa n agama..ktorang smua dah mcm adik beradik di sekolah ini.
kedatangan aku dsambut mesra oleh cikgu2 ni..

buat masa ni sekolah aku masih lagi tiada Guru Besar 
disebabkan beliau baru meninggal dunia..
Takziah diucapkan buat keluarga En. Amir bin Dagang.
semoga rohnya sentiasa berada dalam keadaan tenang di sana..
aku tak sempat bekerja dibawah pentadbirannya.
dengar kata bnyak pembaharuan yang beliau telah buat di sekolah ini..
Allah sahaja yang dapat membalasnya..

sebelum aku smbung cerita...
aku nak share ngn korang gmbar sekolah aku...
skolah ni bkan la dikategorikan sbgai skolah pedalaman..



Laluan yg menghubungkan blik guru dengan bangunan kelas..



Blok pentadbiran dan bilik guru



Bilik komputer sekolah



Prasekolah SK Sungai Kayu



Satu2nya bangunan yg menempatkan 6 buah kelas, bilik pemulihan,
bilik kaunseling, surau dan perpustakaan.



Tapak perhimpunan juga tempat untuk guru2 parking kereta.





Di hujung sana, pintu utama masuk ke sekolah


Sekolah ni ada 2 sesi disebabkan bilangan sekolah yg kecil dan kelas yang 
tak mencukupi..
kawan2 aku cakap sekolah ni cantik n bersih..
comel je..hehehe..

InsyaAllah tahun depan kami semua akan berpindah ke bangunan baru..
yang letaknya tidak jauh dari sekolah ini..
kalau jalan kaki pun boleh smpai..
=))
bangunan baru tuh aku dengar dah lama siap,
cuma belum ada kesempatan nk berpindah disebabkan perabot belum ada..
maybe tahun depan baru boleh pindah..
tak sabar rasanya nak ke sekolah baru..

tapi itu la..kalau dah duduk sekolah baru ni, mungkin cikgu2 nya akan bertambah kerja..
maybe orang dr jabatan pun akan rajin turun dan melawat sekolah..huhUuu..
so bersedia jela pe yang patut kan..
biasalah tu..adat menjadi guru..

Okay la...letih plak jari ni nak menaip..
nanti kita smbung lagi ek..

BYE!! 
=)





Sunday, October 6, 2013

Gaji Pertama


Assalamualaikum..

dah lama rasanya tak update blog ni...
Almaklumla, sejak dah kerja ni makin busy plak nak uruskan kerja n murid..
wlaupun tak la sesibuk cikgu di semenanjung,
kerja sbagai seorang guru tetap banyak..

Genap 2 bulan aku di sekolah ni
aku dah boleh rasa gaji sendiri.. Alhamdulillah... =))
seronoknya biler dapat rasa gaji hasil titik peluh sendiri..
tambahan lagi boleh diberikan pada mak n ayah yg ada di kedah..
Ya Allah...sumpah aku rindu dengan keluarga aku..
berair mata tatkala aku menulis entry ni..
Ya Allah..tabahkanla hatiku..

Dapat je gaji pertama cepat2 aku terus bank in guna Maybank2u
nasib la boleh bank in scara online. Mudah kerja aku..tak perlu keluar..
mak ayah rasa terharu dapat merasa gaji anaknya sendiri..
dapat jugak aku membalas jasa mak ayah yang dah berhabis duit
sepanjang membesarkan aku..

mana taknya aku tak pernah bekerja seumur hidup..
walaupun masa skolah menengah dahulu..
ini lah gaji pertama aku sepanjang aku hidup 24 tahun..
tu yg excited lebih..
=)

Ok la..smpai masa aku nk masuk kelas mengajar..
mendidik dan terus mendidik..

jumpa lagi untuk entry seterusnya..
hope aku diberikan kekuatan untuk menulis lagi..



~jadual bulanan pembayaran gaji utk kakitngan kerajaan~





Friday, July 12, 2013

Bumi Sabah


Alhamdulillah...

Hari ni genap 12 hari aku di Sandakan...Sabah.
mula-mula aku dapat berita yang aku dipostingkan di sini air mata terus turun dengan lajunya..

"mak...atin dapat sabah.. 
reaksi mak.. " atin dpt sabah?? Ya Allah..jauhnya.. tu la mak dah agak dahh.."

mak dah dapat agak?? aikkk..len mcm je kan respon mak aku ni..
mybe org kata betul..mak ayah ni selalunya insting dia kuat..
mak ayah aku terima dan merelakan aku pegi..siap galakkan lagi... -_-!
mak aku kta masa muda ni la nk merntau tempat org..cari pngalaman..
aku redha..wlaupun rasa tersangat la jauh..

smpai je aku di Sandakan, terus lapor diri..

~ SK SUNGAI KAYU, SANDAKAN ~

sekolah yang paling dekat dengan airport..
tiap2 hari tengok kapal terbang berlepas n landing..
alahaaiii..rindunya nak balik rumah!!

sabar ye fatin..tak lama dh pun.. 
tu la kata2 aku dekat diri aku sendiri.. :)
kata2 perangsang! hahaha.. *takblehbalah..

aku tak tau lama mana aku akan mengajar n menyumbang bakti n ilmu kt skolah ni..
ada rezeki nanti InsyaAllah aku dapat balik smenanjung..
aku sntiasa berdoa wlau dkat mana pun aku brada, 
Ya Allah..engkau permudahkan lah urusanku..

buat EN.TUNANG..


masa di KLIA

kamu jangan la risau ye..sy di sini okay2 je selalu..
Alhamdulillah..doa sy dimakbulkan..
sy sentiasa dipermudahkan segalanya..
wlaupun berada jauh dari kamu n family..

;)


p/s: btw skrang dah mula kerja..so tnggu gaji jela! heeee..~





Malang Isteri yang Meleteri Suami


“Abang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga. Sekurang- kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti... pot.. pet.. pot.. pet.....” leter Ina kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.


Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri, sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebih lagi, sekiranya Ina menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupun penat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.


Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya. Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.


Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif. Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.


Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya." Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumah tangga. Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. mikraj kelangit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.

Ali Karramallahu Wajhah berkata: " Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah,aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan ." Aku bertanya, " Ya Rasulullah, apa yang! membuat anda menangis? " Baginda menjawab, " Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat. "

Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya, sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya. Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.


Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya. Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah.


Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, " Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. " Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya. Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja,namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringandan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorangsuri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya. Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.

Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya. Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: " Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satupemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi? "

Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya. Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anakdan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.

Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walau seberat mana sekalipun ugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi steri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

Kepada para suami, kita sama-sama maklum, zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja. Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah Rasulullahs. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka. Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: " Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. " 

Bagi kaum wanita dan lelaki yg sudah berumahtangga, marilah kita sama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita. 

Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... Insya'Allah. 




~ Happy family ~




Sunday, March 10, 2013

Kecantikan from Myracles Beauty



MYRACLES Beauty... A beauty that covers ALL...

with 3 - 5 minutes IMMEDIATE EFFECT...!!!

JOM..!!! Dapatkan perubahan pada wajah anda dalam tempoh 3-5 MINIT SAHAJA dengan Produk MYRACLES Collagen Spray..

Kesan Segera (3-5 minit) : Kulit muka akan rasa dan nampak lebih tegang,lebih runcing, lembap,rasa segar, lebih cerah serta eye-bag akan berkurang @ hilang.

Kesan jangkamasa panjang(1-2 minggu): Kulit akan kekal lebih cerah (Whitening), nampak lebih muda(Anti-Aging) dan Bentuk muka akan lebih runcing ( Facial Up-Lift)..



MYRACLES Collagen Soap

Kandungan Utama dalam Myracles Collagen Soap :

1) Aloe Vera
2) Extract Buah Delima
3) Rumpai Laut
4) Sarang Burung walit


MYRACLES Collagen Spray

Kandungan dlm MYRACLES Collagen Spray :

1) Oxygen Water
2) Aloe Vera
3) Extract Buah Delima
4) Rumpai Laut

HARGA PASARAN

RM 170 per set ( Semenanjung )
RM 185 per set ( Sabah / Sarawak )

p/s: tak termasuk harga kos penghantaran..




Antara testimoni yg telah memakai produk ini..








\





InsyaAllah..produk ni dijamin berkesan..
try dulu baru tau kesannya terhadap kulit...

berminat boleh msg nombor telefon yg tertera pada iklan..
or PM pada facebook Fatin Zulkipli..

:)





Kain Cotton


!!DAPATKAN GANGNAM STYLE COTTON!!
ENGLISH COTTON
GRED AAA
(100% COTTON)
ONLY RM80 INCLUDE POSTAGE
STOK SANGAT TERHAD!!


KELEBIHAN GANGNAM STYLE COTTON :

♥ tak mudah berkedut, senang digosok, tidak luntur dan tidak berbulu
♥ warna dan corak menarik
♥ tidak keras dan tidak panas

Hari Raya akan menjelma tak lama lagi..
so pe tunggu lagi! Dijamin puas hati.. :)
nak tengok lebih lanjut boleh klik page kat bawah ni...




Kod: IV279A



Kod: IV273B



Kod: IV280A



Kod: IV271A


beli sebelum terlambat!! 
kain yg paling laris..macam pisang panas.. :)

ada pape prtanyaan..or jika berminat..
just PM dekat page tersebut or dekat my facebook..


:: TQ ::




Saturday, March 9, 2013

Termenung


OK Fine

Sekarang dh masuk bulan Mac
aku masih lagi jadi penganggur setia..
ntah biler agaknya aku n kawan2 yg lain akan dipostingkan.. 

kecewa.sedih.berharap
hope Allah mempermudahkan segalanya..
mungkin ada HIKMAHnya aku n kawan2 yg lain posting lambat.

redha dngan ujian yg diberikan..
smile always..wlau pe pun yg terjadi..
it will make ur heart feel better..





DOA.TAWAKAL.DON'T GIVE UP!!



Thursday, February 28, 2013

Koleksi Soalan Temuduga SPP 2013 (Part 1)


Alhamdulillah..tiba2 terasa nk tulis entry tentang koleksi soalan2 temuduga ari tuh..
mungkin boleh dijadikan rujukan adik2 kita satu hari nanti..
sebagai persediaan.. 

:)



Shalini Kumar
1.apakah pendapat.. rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan?
2.pppm (11 elemen)
3.1m1s
4.kepentingan pj kepada murid
5.mbmmbi....usaha sekolah untuk mempekasakan bm di sekolah..

For individu
6.(PJ)pilih salah satu permainan(bola sepak,badminton)
7.kemahiran asas yang terkandung dalam permainan yang dipilih
8.adakah negara kita boleh jadi tuan rumah bagi bola sepak(pendapat)
9.siapakah jurulatih di m'sia.( tanya soalan mengenai permainan yang dipilih.cth persatuan2 dn sbg)
10.for PK- makanan seimbang dan mengenai buah-buahan...

Amirol Hafizi
1. prosedur buat surat nak jemput sultan @ menteri majlis di sekolah.
2. Kalau ada kes keracunan makanan nak buat ape?
3. Mengapa yuran pibg dipanggil sumbangan?
4. Jenis instrumen pemulihan.
5. Kalau murid lmh igtan cne,
6 .Mengapa perlu guru kaunseling sepenuh masa ?
7. Waktu persediaan gune untuk ape?
8. Pengalaman praktikal dpt apa?

Zafirah Zakaria

1-apa tajuk berita utama mlm td (isnin mlm selasa)
2-berapa kali mjlis raja2 bersidang..
3-berapa bil tpm dibwh pimpinan Tun Dr. M
4-bnci penduduk pda disember 2010
5-aspek keselamatan yg perlu disekolah
6-prosedur jemput Ketua Menteri Melaka hadiri msyurat PIBG
soalan pra:
7.kbkk- anda dg41.. gB dg32. GB bg arahan... semasa pnp anda kena bawak budak pi pertndgn netball.. tindakan anda??? arahan kedua... GB surh anda latih budak netball petang2... tndakan?

Arunia Ayunia
1.kenapa stesen KTM Tanjung Pagar ditutup?
2.Stesen kereta api yg pertama, dibina dari mana ke mana?
3.dlm byk sultan,sultan johor ada lesen bawak keretapi.. berapa kali sultan johor bawak
   keretapi?
4.berapa harga (RM) naik River Cruise kat melaka?
5.Berapa ramai pelancong datang melawat melaka dalam setahun..
6.nilai2 murni ada 16, cukupkah/memadaikah 16 nilai shj..(pppm)
7.situasi : suatu hari, ibu bapa murid pra datang ke sekolah mengadu anak dia, ada lebam
   di bahagian telinga. dia mengugut utk melaporkan kpd polis. apa tindakan anda?

Fatin Zulkipli
soalan yg ditanya..
1.apkah yg dimaksudkn dngn kelas kondusif?
2.ciri yg prlu ada pd guru utk mnjdikan kelas tersbut kondusif
3.maksud potensi diri
4.perbezaan murid pmulihan dngn mrid pend.khas
5.peranan kiosk multimedia dlm kelas
6.kriteria apa yg boleh dilihat yg membolehkan murid pmulihan kmbali smula ke kelas
   prdana.. (libatkan konstruk dlm linus)
7.cara utk mngelakkan murid pmulihn masuk ke klas pmulihan lambat dan utk elakkan murid
   merayau.. (tindakan guru :pngalaman prktikum)

RZ Ruzidan
1.5 teras pppm
2.sebut 11 anjakan pppm
3.bgaimana nk jd guru cemerlang
4.sebut 5 rukun negara
5.bgmana nk memartabatkan bahasa melayu (mbmmbi)
6.konsep 1 malaysia
7.apa yang anda faham dengan 1 murid 1 sukan
# penemuduga yang sorang lagi dia tanya berkaitan major kita je..

Devi Moorthy
1.pppm
2.integriti
3.segak
4.hari guru
5.kdn
6.aspirasi pelajar (bagaimana)
7.perlembagaan
8.sukan di negara kita (their ask abt football n sukan olimpik)

Syarifah Amirah
1.Visi Malaysia -jwpn dia Wawasan 2020
2.mbmmbi
3.1m 1s
4.Gagasan 1 Malaysia
5.Aspirasi negara (5 pppm)
6.Pendidikan seks dalam PKesihatan
7.LGBT (lesbian gay biseksual transgender)
8.Kemahiran dalam olahraga (fasa2) - dia tnye sorg2 kemahiran yg mahir, tp mira tibai
   kemahiran dlm permainan. HAHA.
9.Maksud olahraga- jwpn dia, mengolah jasmani(raga)
10.Kenapa PENDIDIKAN JASMANI penting utk negara?
11.Steroid - kenapa dilarang dlm sukan?

Muhammad Adi

Antara soalan y ditanya:
1.Apa beza pendidik dgn pengajar?
2.Cara tingkat kecermelangan sek.
3.Cara bawa murid ke pdg semasa sesi PJK
4.Cara tarik minat murid belajar PK
5.Apa itu "pendidikan berterusan"


Zafirah Mahadzir
1.nama timbalan YDP agong yang ke-3 (kriiiik kriiik.semua tak boleh jawab.hahaha)
2.majlis raja2 bersidang berapa kali setahun? (kriiik kriiik jugak)
3.golongan manakah yang paling banyak kena mental illness? (of course la cikgu. why? dari soklan ni
  dia akan derive ke soklan lain2 berdasarkan jawapan yg korang bagi)
4.how can you incorporate effective TnL in the classroom?
5.how do you do your reflection?
6.how do you evaluate your students' achievement?
7.berapa bilangan cikgu kat malaysia?
8.dalam setahun, berapa ramai cikgu yang bersara? (kena guna thinking skill sikit la soklan  
   macam ni.ikut logik)

Jejupingu
1.Perkenalkan diri masing2
2.Apa beza pendidik dan pengajar?
3.Kenapa dulu kementerian pendidikan tapi kini kementerian pelajaran?
4.Apa beza seni dan sains?
5.Boleh kamu petik apa yang dikatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan?
6.Apa itu PBS?
7.Pada pendapat kamu, semua murid perlu diberi band 6 ka?
8.Apa pendapat kamu, kalau ada murid yang langsung tiada band? Guru tak buat penaksiran  
   ka?
9.Pada pendapat kamu, apa peranan panitia di sekolah? adakah diwujudkan kerana suka-
   suka saja?
10.Kalaulah kelas kamu mengajar itu, murid mendapat pencapaian yang teruk, adakah 
    soalan tu susah? Apa peranan panitia?
11.Apa yang kamu akan lakukan kalau murid kelas kamu tak dapat menjawab soalan ujian?
12.Berikan satu pendekatan semasa kamu mengajar.
13.Apa yang kamu faham tentang 'hands-on'. Berikan satu ayat untuk menerangkannya.
14.Bagaimana guru boleh meningkatkan profesionalismenya di sekolah?
15.Berapakah kapasiti penduduk Malaysia? Berapa nisbah lelaki dan perempuan? Berikan 
     alasan kamu kenapa?
16.Dimanakah kamu perlu merujuk untuk mengetahui kapisiti penduduk di Malaysia?




::: SAMBUNG DI ENTRY SETERUSNYA!! :::





Interview Done!!


Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah..

tiada kata lain yg aku mampu ucap selain kata memuji kebesaranMu Ya Allah..
aku rasa Allah telah mempermudahkan urusan temuduga aku..
soalan yang ditanya tidak terlalu susah untuk diberi jawapannya..
penemuduga juga tersangat lah baek n bagus wataknya..
tidak garang n tidak la membuatkan diri ini berasa begitu takut n 'down'
setiap jwapan yg diberi diterima dngan baik..
wlaupun tdak smua jwapan tepat..

aku rasa dipermudahkan krana:

1. tiada soalan fakta or isu pendidikan yg ditnya smasa tmuduga..
2. msuk ke bilik bersama 3 rakan sekelas aku n 3 lagi dari maktab lain..
yg pling penting smuanya prempuan.. :)
3. penemuduga sngat baik..mukanya menenangkan..hee
4. pemeriksa dkumen yg tbe2 rasa untuk msukkan aku dlm kmpulan yg awal..
ptutnya aku kmplan ke3.. 
5. Alhamdulillah..aku rsa kumpln ak soalannya lebih mudah dari kumpln ketiga..
yg spatutnya itu kmpln aku..
6. terjumpa pmeriksa dokumen trsebut di kedai mkan smasa srapan..
n then giliran lebih awal dberikan. (dia pun prasan aku kt kedai mkn)
7. wlaupun study last minit..Alhamdulillah smuanya dpt diatasi..
8. aku bleh balik lebih awal dr yg sepatutnya kerana dimasukkan ke kmpln yg awal..
9. dapat sesi pagi 7.30pagi, jadi mak tak perlu tnggu lama utk trus blik ke kedah..

sekarang aku harap yang aku boleh LULUS temuduga SPP nih..
yg paling penting aku dh usaha n buat yang terbaik

TAWAKAL n BERDOA SELALU

aku harap urusan posting aku dengan rakan2 yg lain akan dipermudahkan..
Aamiin..
yang mana dh masuk skolah tuh..tahniah! jalankan tgas dngan baik..
n pikul amanah yg dberikan seikhlas hati..

:)

chill yaaa!!



Saturday, February 23, 2013

Baby Hello Kitty